
N.S.T Lyrics + Song
Sunday, 15 April 2012
Teka Teki
Soalan 01: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
Soalan 05: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 07: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 08: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 09: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 10: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 11: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 12: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pemancing yang dapat ikan.
Soalan 13: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 14: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 15: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 16: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 17: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 18: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 19: Kenapa di tepi rel keretaapi diletak batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau diletak pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 20: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 21: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 22: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 23: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 24: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 25:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 27: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 28: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 29: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 30: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 31: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 32: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 33: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 34: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 35: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 36: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment