Adoy.. Haha.. Kompem la ayat terabur ntah kemana. Maklum la last tulis masa SPM dulu. Gigil gak la pk ayat nk tulis. Hentam sudah.. Yang penting siap kerja mak aku nie ha.. Haha..
Aktiviti Sepanjang Tahun Klinik Desa Serom 3
Klinik Desa Serom 3 (K.D Serom 3) terletak di kawasan daerah Ledang. K.D Serom 3 terdiri daripada 2 staf. Antaranya adalah Zaiton binti Surip dan Nor Aini binti Abd Manaf. Pada awal tahun, 22.01.2011 staf K.D Serom 3 telah terlibat dalam program gotong-royong yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Sungai Mati (K.K Sungai Mati).
Pada bulan 10.02.2011, staf K.D Serom 3 telah menghadiri program gotong-royong mengenai banjir di K.D Kundang Ulu. Pada 30.03.2011 dan 7.05.2011 staf K.D Serom 3 telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong di K.D Rawang dan K.K Sungai Mati. Seterusnya terlibat dalam aktiviti Kem Kesihatan di K.D Kesang sempena pelancaran Batu Asas di Komplek Penghulu Kesang pada 30.06.2011. Staf K.D Serom 3 juga terlibat dalam aktiviti Dapur Sihat Masyarakat (lawatan ke K.K Bukit Rambai Melaka) pada 1.07.2011.
Pada bulan Ogos dan September, staf K.D Serom 3 meghadiri Majlis Khatam Al-Quran bersama masyarakat di K.K Sungai Mati pada 19.08.2011 dan 12.08.2011 di Pejabat Kesihatan Daerah Ledang. Pada 10.09.2011 terlibat dalam aktiviti Pelancaran Program 10,000 langkah di Dataran Pulau Penarik. Pada 28.10.2011 terlibat dalam aktiviti gotong-royong di K.D pantai Layang dan sehari selepasa itu terlibat dalam Program 10,000 langkah di Zon Taman K.S.M Serom 4.
Pada Bulan November, staf K.D Serom 3 terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu pada 1.11.2011 (Kem kesihatan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang sempena Sukaneka Tadika Seluruh Johor). Pada 4.11.2011 staf K.D Serom 3 terlibat dalam aktiviti gotong-royong di K.D Rawang dan pada penghujung November 26.11.2011, terlibat dalam Program 10,000 Langkah di Zon Serom 3. Pada bulan terakhir staf K.D Serom 3 terlibat dalam dua aktiviti bulanan iaitu pada gotong-royong di K.K Sungai Mati pada 7.12.2011 dan Perasmian 10,000 Langkah di Pulau Penarik pada keesokan harinya.
Laporan disediakan oleh,
Disember 2011
.……………………………… ………………………………
JM Zaiton binti Surip JM Nor Aini binti Abd Manaf
Tensen gak la jap pikir ayat2 yg dah lame xguna tok mengarang..
Haha...
No comments:
Post a Comment