Kamu sedang jatuh cinta pada seorang wanita? Namun kamu masih pening untuk memberitahu kerana belum tahu wanita itu menyukai kamu atau tidak. Sedangkan, kamu sangat takut tidak diterima. Baiklah, sebagai gambaran saja, ada beberapa ciri-ciri bila wanita yang kamu sukai itu, ternyata menyukai kamu. Kalau sudah macami tu, tinggal keberanian kamu untuk memberitahu cinta kamu.
1. Dia akan meletakkan jari tangannya di antara gigi (kecuali jari tengah). Makna ini menyiratkan dia ingin segera dimanja.
2. Matanya lebih sering berkelip ketika bercakap dengan kamu. Dia ingin memberitahu yang dia berminat dengan apa yang anda ceritakan.
3. Ciri ketiga, dia kerap bermain rambut dengan jarinya ketika dia sedang melihat kamu. Ini salah satu sifat manja wanita.
4. Menatap mata anda dengan tatapan dalam dan anak matanya membesar. Dia seolah ingin mengatakan bahawa kamu sangat menarik bagi dirinya.
5. Dia akan ikut ketawa dengan anda ketika anda ketawa suatu perkara, meskipun sebenarnya itu tidak kelakar sama sekali menurut dia. Namun, dia ingin menunjukkan betapa menghargainya diri kamu.
6. Wanita yang tertarik dengan kamu, biasanya akan berusaha mengikuti cara kamu berbicara, kerana dia ingin kamu tetap berada di dekatnya dan dia akan takut kalau kamu bosan.

N.S.T Lyrics + Song
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment