CINTA MATERIALISTIK :
Bercinta disebabkan harta, wang ringgit (selalunya perempuan, tapi bukan semua) Selagi pasangan tu berduit, selama tu la "si dia" akan setia. Tapi bila dah pokai, "si dia" pun dah hilang tak nampak bayang.
CINTA NAFSU :
Yang ni tak kira jantina, dua-dua sama je, luah kata cinta, sayang, kasih dan sebagainya hanya semata-mata inginkan tubuh. Lepastu, bila perut dah boroi, dah gelember sana-sini mula lah angkat kaki.
CINTA KERANA USIA SUDAH MENJELANG SENJA :
Yang ni pasal takut orang mengata kita ni anak dara tua atau bujang terlajak, So sapu je lah sape-sape. Padahal dalam hati takde perasaan pun. Macam mana nak kekal?
CINTA BALAS BUDI :
"Minah, kau kena kawen jugak dengan anak Pak Jali ! mereka dah banyak tolong kita, tu kau dapat sambung belajar tu pun atas ihsan Pak Jali, bapak tak kira, kau mesti patuh kata bapak ! Tak ke depressed si minah tu, kena pulak ada bf kat Uni. Haishhh terpaksa bekorban.
CINTA SIMPATI :
Si gadis tersedu-sedu menangisi nasib diri ditinggalkan. Si teruna setia memujuk !
Hah ni macam dah mem-volunteerkan diri sendiri ni, kan si gadis dah rasa disayangi *konon*. Padahal cuma rasa kasihan dan simpati je. Terpaksa lah terima..takut-takut bunuh diri pulak si gadis tu.
Credit: Airesh WalkWay

N.S.T Lyrics + Song
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment