
N.S.T Lyrics + Song
Monday, 9 May 2011
Filem Kongsi
Sinopsis:
Ia mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Kumpulan kongsi gelap terdiri dari pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.
Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan.
Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.
ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya?
Antara barisan pelakon yang membintangi filem Kongsi 2011 arahan Farid Kamil
Antara pelakon yang membintangi filem tentang pergaduhan membabitkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India itu ialah Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Fida Ibrahim.
Credit: http://wowberita.com/blog/search/filem-mig-2011/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko dah tgk dah????huhu
ReplyDeleteboleh la..
ReplyDeletejln cita okey la..
tp ending kecewa sikit..
tp kalo ko nk tgk boleh jerk..